Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

Antara ahli politik Malaysia yang kerap mempunyai ‘cerita panas’ adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Cerita terbaru tentang Teresa, dia nyaris menjadi mangsa ragut pada kejadian 13 April lalu.

Menurut Teresa menerusi status Facebook, dia sedang membawa dua anak saudaranya bersiar-siar sekitar rumah ibu bapanya di Jalan Selama, Taman Rainbow, Kuala Lumpur pada jam 7 petang apabila dua lelaki yang menunggang motosikal muncul lalu cuba meragut rantai lehernya.


Dia yang terkejut terjatuh sebelum berlari ke belakang kereta untuk menyelamatkan diri.

Pembonceng motosikal dikatakan tidak putus asa apabila cuba mengejar Teresa namun berpatah balik selepas melihat ada kereta melalui kawasan tersebut.

Dalam laporan polis yang dibuat, Teresa berharap pihak polis mengadakan rondaan lebih kerap untuk mengelak kejadian berulang.

Hari ini, Teresa mengadakan sidang media bersama Tian Chua bagi menceritakan kejadian menimpanya.

Kata Teresa, anak buahnya kini mengalami trauma dan enggan ke sekolah kerana kejadian terbabit.

Di bawah adalah video daripada rakaman CCTV memaparkan cubaan ragut yang menimpa Teresa. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment