Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, datang ke Johor Bahru sebelum membakar dirinya di khalayak ramai.

Ho Peng, 42, mencurah petrol sebelum menyalakan api bagi membunuh diri di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, pagi Sabtu lalu.

Drama mencemaskan bermula apabila Ho Peng meminta untuk membeli 4 liter minyak petrol di stesen minyak yang terletak di seberang Plaza Pelangi namun tidak dibenarkan oleh pekerja di situ apabila mendapati dia tidak membawa sebarang kenderaan.

Ho Peng kemudiannya mengambil corong pam lalu mengugut akan membakar dirinya jika tidak diizinkan.

Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, bos stesen minyak terpaksa membenarkan Ho Peng membeli petrol yang diminta.

Sebaik mendapat petrol, Ho Peng berjalan menuju ke jalan utama dan duduk di atas batu sebelum mencurah petrol pada diri seterusnya menyalakan pemetik api.


Dalam keadaan terbakar Ho Peng terjatuh dalam longkang sebelum orang ramai datang menyelamatkan dirinya menggunakan pemadam api sebelum segera dikejarkan ke hospital. - SiakapKeli.com

Oleh: Rem Ramzi
Sumber: The New Paper / Sin Chew Daily

0 comments:

Post a Comment