Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – “Kami sentiasa bersedia membawa kes ke mahkamah jika PAS mahu meneruskan rancangannya melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan selepas ini”.

Itu amaran Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam mengulas keputusan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen Jun ini.

Beliau mendakwa, notis perundangan daripada Pemuda Gerakan kepada PAS pada 24 April lalu masih kekal untuk memastikan usaha melaksanakan hudud tidak jadi kenyataan.

“Untuk rekod, notis perundangan yang kami hantar kepada PAS masih kekal. Walaupun Pemuda Gerakan mengalu-alukan keputusan PAS itu, kami sentiasa bersedia sekiranya PAS merubah keputusan mereka pada masa depan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kata Keng Liang, pihaknya tidak mahu mengambil sebarang risiko dalam soal itu kerana prisip Perlembagaan mesti dipertahankan.

Media hari ini melaporkan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipetik berkata, pembatalan itu kerana PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment