Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 6, 2014

No Comment

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka tidak pernah menetapkan matlamat ‘mesti cari sampai dapat’ pencarian ‘harta karun’ di Pulau Nangka yang hangat diperbualkan ramai sekarang.

Menegaskan demikian, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata: “Bagi saya dan kerajaan negeri sendiri minat terhadap harta karun di pulau itu sebenarnya bukan suatu perkara yang all out (sedaya upaya) mesti jumpa.

“Tetapi lebih kepada no harm trying (tak salah mencuba). Kalau jumpa baguslah, kalau tak jumpa tiada apa-apa.

“Harta karun yang sebenar bagi saya ialah pelaburan yang masuk ke negeri ini yang mampu memberikan kemakmuran ekonomi kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Baru-baru ini dua keping artifak lama berbentuk syiling ditemui syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di pulau tersebut.

Syarikat itu ditugas mengesan dan mencari harta didakwa bernilai berbilion ringgit daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Idris berkata dalam perjanjian pencarian dengan syarikat berkenaan kerajaan negeri langsung tidak mengeluarkan sebarang belanja.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak akan mendapat faedah wang ringgit secara langsung sekiranya harta itu ditemui.

Ia memikul amanah mengekalkan warisan dan sejarah di negeri ini.

“Kita mempunyai undang-undang bagi mengurus (artifak itu) sekiranya ditemui seperti Akta Warisan Kebangsaan.

“Segala yang ditemui akan diserahkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk diuruskan…kita tidak boleh sesuka hati jual selepas jumpa,” katanya.

Minat masyarakat dalam cerita misteri seperti harta karun, pulau rahsia dan kapal karam membuatkan isu harta karun di Pulau Nangka menjadi bualan hangat rakyat di negara ini.

Idris berkata adalah lumrah bagi masyarakat memberi perhatian tinggi kepada kepercayaan berunsur misteri dan keinginan membongkar misteri seperti ‘harta karun’ itu.

Bagaimanapun, katanya, masyarakat jangan terlalu taksub tentang perkara seperti itu sehingga melakukan hal-hal bertentangan dengan Islam.

Ditanya mengapa kerajaan negeri berminat tentang harta itu sekarang sedangkan cerita mengenainya telah tersebar luas di negeri ini sejak lebih 25 tahun lepas, beliau berkata ini kerana maklum balas daripada masyarakat tempatan pada masa ini.

“Kita memandang serius pencarian barang purba ini kerana mendengar pendapat orang tempatan sekarang.

“Kita berasaskan dapatan mereka, kajian mereka, atau pengalaman mereka, namun saya tegaskan sekali lagi ia (harta itu) bukan sesuatu yang mesti ada,” katanya.
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment