Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

RANTAU PANJANG – Rampasan dadah di Kelantan meningkat 11 kali ganda kepada RM8.8 juta dalam masa lima bulan pertama tahun ini, berbanding hanya RM800,000 dalam tempoh yang sama, tahun lalu.

Melihat kepada peningkatan ketara, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mengaktifkan Ops Cantas Khas Sempadan bagi menghalang aktiviti keluar masuk penjenayah.

Menurutnya, seramai 180,000 orang diperiksa dan 808 daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Selain itu katanya, ops yang sama turut dijalankan di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat malah sitaan harta barang merangkumi RM 1.7 juta.

“Dalam pada itu, sebanyak enam senapang dirampas dan kita masih menyiasat hubung kaitnya dengan kes dadah. Ops ini turut menumpukan kes kecurian kenderaan dan motosikal malah ia mungkin juga mempunyai kaitan dengan kes yang sama,” katanya, selepas Ops Cantas Khas Sempadan di Cabang Empat Salam, malam kelmarin.

Dalam ops ini, lebih 300 kenderaan diperiksa oleh 15 pegawai dan 35 anggota polis manakala seramai tiga pemuda ditahan kerana positif dadah manakala seorang daripadanya memiliki 15 pil methamphetamine.

Mazlan berkata, kes dadah di Rantau Panjang lebih menjurus ke arah pil kuda dan ia mungkin disebabkan faktor kedudukannya berdekatan sempadan negara jiran.

Oleh itu katanya, pihak polis tidak akan kompromi dengan penjenayah sekali gus mengurangkan kes dadah di kawasan sempadan dan Kelantan secara keseluruhannya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment