Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment
Prayuth mengumumkan pentadbiran baharu, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Pemerintah junta tentera di Thailand mengarahkan rombakan ke atas jawatan penting dalam pasukan polis, berkuat kuasa serta merta.

Beberapa gabenor wilayah termasuk selatan Thailand ditukarkan ke jawatan yang tidak memegang kuasa eksekutif.

Kebanyakan mereka diserap semula ke dalam jawatan kerajaan seperti sebelum ini.

Kelmarin, Jeneral Prayuth Chan-O-Cha mengumumkan untuk mewujudkan pusat perdamaian di seluruh negara dalam usaha mewujudkan perpaduan yang akan ditakbir oleh pemimpin tempatan yang dipilih oleh junta.

Menurut DPA, beliau turut mengumumkan ahli penasihat majlis akan membantu mentadbir negara dan menasihati junta dalam beberapa bidang termasuk keselamatan, hal ehwal luar negeri dan ekonomi.

Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera selepas sebutir bom meletup di tempat letak kereta di Hospital Khok Pho, daerah Pattani, semalam.

Bom diletakkan pada motosikal dipercayai meletup kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), dan polis kini sedang menyiasat dalang di sebalik kejadian itu.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment