Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

BANGKOK – Kerajaan sementara Thailand semalam memberitahu bahawa pihaknya akan mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar bandar ini bagi mengelak berlakunya pertempuran antara kumpulan penyokong dan antikerajaan.

Pengumuman tersebut dibuat ketika beribu-ribu penyokong kedua-dua kumpulan mengadakan tunjuk perasaan di bandar ini.

Lokasi kedua-dua pihak berkumpul terletak sejauh beberapa kilometer, tetapi terdapat kebimbangan tercetusnya keganasan susulan keputusan mahkamah memecat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra kerana salah guna kuasa pada minggu lalu.

Seorang pegawai keselamatan kanan, Tharit Pengdit memberi amaran sekiranya kumpulan antikerajaan cuba melantik seorang perdana menteri tanpa melalui proses pilihan raya ia akan mencetuskan kemarahan kumpulan penyokong kerajaan.

“Ini sudah pasti ia akan menyebabkan keganasan merebak dan boleh membawa negara ini ke ambang perang saudara,” katanya.

Tambahnya, atas sebab itu Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Undang-Undang perlu mengetatkan penguatkuasaan undang-undang dalam usaha menangani masalah yang mungkin timbul pada masa akan datang.

“Kami juga meminta orang ramai menjauhi kumpulan dan lokasi tunjuk perasaan ini atas faktor keselamatan mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, dua orang cedera lewat malam kelmarin apabila beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua bom tangan di Rumah Kerajaan, lokasi para penyokong antikerajaan berkumpul.

Seorang jurucakap polis, Kamthorn Auicharoen berkata, dua mangsa cedera selepas bom tangan tersebut meletup berhampiran mereka. – AP

0 comments:

Post a Comment