Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

Seorang bapa dua anak dibelasah hingga koma gara-gara menegur tindakan dua remaja mengganggu anak saudaranya di taman.

Josh Price,21, ditumbuk di kepala hingga terbaring di tanah oleh dua lelaki yang keluar dari sebuah van sebelum kepalanya disepak hingga mengalami pendarahan.

Kejadian berlaku di Taman Trinity Ossett, West Yorkshire, England pada 3 Mei lalu.


Selain mempunyai darah beku di otak, Price mengalami lumpuh di bahagian kiri badan susulan insiden tersebut. Dia juga disahkan doktor mungkin mengalami masalah pertuturan selepas ini.

Meskipun kini sudah keluar dari Unit Rawatan Rapi, doktor tidak dapat memberi jaminan dia akan pulih seperti biasa.

Bapa Price menyifatkan kejadian ini sangat kejam kerana membuatkan anak-anak Price yang masih kecil sering bertanya apa sudah jadi pada bapa mereka.

Hingga kini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan mencari pihak bertanggung jawab.

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan sebelum ini namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 

Sumber: Daily Mail / My News Hub

0 comments:

Post a Comment