Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

PETALING JAYA: Pelakon Nadiya Nissa mengakui lega apabila para peminatnya tidak lagi bertanyakan mengenai isu suaminya yang dikatakan mempunyai tatu di laman sosial seperti Twitter dan Instagram.

Nadiya, 29, berkata, rata-rata peminatnya di laman sosial menghormati pendiriannya yang tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya malah memberi sokongan padu terhadap lakonannya di televisyen.

"Alhamdulillah sikap hormat menghormati dikalangan peminat saya membuatkan mereka tidak lagi bertanyakan mengenai hal tersebut termasuk perkara peribadi lain.

"Hasil lakonan dan kerjaya saya sebagai pelakon yang menjadi perhatian mereka dan sokongan mereka terhadap saya juga tidak berbelah bahagi," jelasnya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri popular Adam & Hawa ini bakal muncul dalam musim terbaharu Oh My English! (OME) yang bakal bersiaran bermula 18 Mei ini pada setiap Ahad pukul 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Dalam pada itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam OME, Nadiya berkata, dia begitu gembira dapat menyertai program berkenaan kerana watak diberikan kepadanya berbeza daripada kebiasaan yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Jelas Nadiya, menerusi peranan sebagai Jojie dia mampu menterjemahkan sisi lain dalam dirinya biarpun pada awalnya dia agak ragu-ragu untuk membawakan watak sebagai pelajar sekolah.

"Watak Jojie sangat lasak dan dia juga seorang 'tomboy' jadi ia berbeza daripada peranan yang pernah saya bawa sebelum ini walaupun pada mulanya agak ragu-ragu sama ada boleh menjayakan watak tersebut.

"Namun semakin lama berada di set penggambaran saya semakin jatuh cinta dengan watak Jojie dan ia sebenarnya dekat dengan diri saya," jelasnya.

Tambah Nadiya, biarpun OME banyak menyelitkan komedi namun pengisiannya sangat berguna terutama dalam membetulkan kesalahan tatabahasa dalam penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

"Saya sendiri banyak belajar banyak perkara sepanjang menjalani penggambaran program ini dan ia cukup menyeronokkan dan berinformasi," jelasnya. 

Selain Nadiya Nissa, pelakon Fauziah Ahmad Daud, Sherry Al-Hadad, Carmen Soo dan Amira Rosly antara wajah baharu yang membintangi musim terbaharu OME.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment