Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengesahkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk meneruskan legasi Seniman bagi memperjuang dan membela golongan artis.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34 tahun berkata dia telah dilantik sebagai salah seorang exco Biro Kesenian dan Warisan di bawah PERKASA bagi menyambung semula perjuangan anak seni.

Menurutnya, PERKASA menjadi wadah bagi mewakili anak seni dengan menyuarakan masalah dan perkara berbangkit untuk diselesaikan secara wajar mengikut undang-undang dan prosedur yang boleh memberi keuntungan kepada golongan itu.

“Dibawah PERKASA, kita cuma ranting tidak seperti Persatuan Seniman sebelum ini. Jadi walaupun cuma biro tetapi saya fikir ini akan jadi tempat yang mudah untuk kita memperjuangkan sesuatu perkara dalam industri seni.

“Ini akibat yang terpaksa diterima oleh 5,000 orang ahli Seniman sejak persatuan ini tergantung disebabkan terdapat beberapa ahli Seniman yang tidak puas hati disebabkan kepentingan diri mereka,” katanya.

Katanya, sejak Mahkamah Tinggi mengisytiharkan mesyuarat agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia adalah terbatal dan tidak sah, dia mengakui terkilan kerana dia tidak mempunyai saluran bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Saya terkilan bila lihat ramai anak seni yang perlukan bantuan, ada yang meninggal dunia tetapi tidak boleh buat apa-apa jadi saya menganggap ini satu penganiayaan kepada 5,000 ahli seniman dan seluruh anak-anak seni di Malaysia.

“Selama persatuan ini beroperasi, kita yang membela serta memperjuangkan hak anak-anak seni. Mereka teraniaya apabila kita dapat membantu dan memberi sumbangan ketika mereka jatuh sakit,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telemovie untuk tayangan Aidilfitri nanti.

Katanya walaupun beliau tidak mempunyai kaitan dengan Persatuan Seniman lagi, tetapi Zed Zaidi tetap dibayangi oleh persatuan itu kerana ramai artis yang masih percaya dia boleh membela golongan itu.

“Banyak artis yang masih lagi minta dibantu tetapi kita dah tiada platform itu, jadi kalau nak, kita kena guna Biro Kesenian dan Warisan di bawah PERKASA kerana niat kita bukan hanya untuk anak seni yang sekarang ini tetapi kita akan memikirkan tentang nasib anak seni pada masa akan datang.

“Ia bukan sahaja untuk hari ini tetapi untuk anak-anak kita nanti, pelajar-pelajar fakulti persembahan yang nak masuk dalam industri seni tetapi tiada jaminan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Sumber: The Rakyat Post

0 comments:

Post a Comment