Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan perisian keselamatan di Malaysia mencecah RM268.5 juta pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak 12.9 peratus berbanding 2012, demikian menurut syarikat penyelidikan dan penasihat teknologi maklumat, Gartner, Inc.   
   
Pada peringkat global, hasil perisian keselamatan berjumlah AS$19.9 bilion pada tahun 2013, peningkatan 4.9 peratus berbanding AS$19.0 bilion pada tahun 2012.
   
Gartner dalam satu kenyataan semalam berkata, pertumbuhan yang lebih rendah daripada dijangkakan itu penurunan pertumbuhan dua daripada lima vendor utama.
   
"Pasaran mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan tetapi masih kukuh pada tahun 2013.

"Peningkatan agak sederhana ini disebabkan peningkatan komoditisasi dalam nilai perisian keselamatan canggih dan sub-segmen laluan e-mel lebih selamat pada 2013 yang menyumbangkan
kira-kira 25 peratus daripada jumlah pasaran perisian keselamatan," kata Pengarah Penyelidikan Gartner, Ruggero Contu.
   
Dua vendor teratas kekal sama seperti 2012 dengan Symantec di tempat pertama dan McAfee pada tempat kedua, manakala IBM berada pada tempat ketiga untuk 2013 menggantikan Trend Micro yang jatuh ke tempat keempat dalam margin yang kecil.
   
Contu berkata, empat vendor utama ini menyumbang 39 peratus daripada keseluruhan jumlah pasaran perisian keselamatan.
   
Ini merupakan kali pertama dalam tempoh beberapa tahun, vendor portfolio pelbagai seperti IBM berjaya memasuki tiga tempat teratas.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment