Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

CHERAS – Seorang buruh pembinaan warga Indonesia maut dengan perut terburai dan dan dua jarinya tangannya putus selepas diserang dengan senjata tajam dipercayai celorek, di hadapan pos pengawal Kondominium Midlfield Jalan Besi Kawi, Sungai Besi, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa yang sedang menunggang motosikal dan menghampiri pos pengawal kondominium berkenaan untuk memulakan tugas mengubah suai sebuah unit kondominium di situ, dihampiri dari belakang oleh empat lelaki menaiki dua motosikal.

Seorang daripada suspek kemudian merobek perut mangsa sehingga dia terjatuh dari motosikal. Mangsa kemudian ditikam di bahagian rusuk kiri dan kanan serta bahagian belakang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh yang ditemui di lokasi kejadian memberitahu mangsa yang berusia 28 tahun disahkan mati oleh petugas ambulans yang dikejarkan ke situ dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment