Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

Berbeza dengan beberapa CEO lain, nampaknya CEO BlackBerry telah mengikuti jejak langkah mendiang Steve Jobs yang tidak segan silu untuk memperlihatkan peranti akan datang daripada mereka.

Terkini, dua peranti yang diperlihatkan oleh beliau adalah BlackBerry Passport dan juga BlackBerry Classic.


BlackBerry Passport dilihat menyertakan skrin sentuh dalam bentuk empat-segi sama dan papan kekunci fizikal QWERTY.

Ia dikatakan akan menyertakan skrin dengan paparan resolusi tinggi serta kamera belakangya yang mempunyai 13-megapixel.

BlackBerry Passport ini dijangka akan diperkenalkan sekitar bulan September kelak.


Selain BlackBerry Passport, sebuah lagi peranti baru yang akan hadir daripada BlackBerry adalah BlackBerry Classic. Ia dijangka akan menyertakan elemen rekaan popular pada peranti QWERTY BlackBerry.

Dengan menggunakan sistem operasi BBOS terbaru, BlackBerry Classic dijangka akan dilancarkan sekitar bulan November kelak.

Kedua-dua peranti ini berkemungkinan akan menjalankan BlackBerry 10.3 ketika pengenalannya. Memandangkan ia belum diumumkan secara rasmi, maka maklumat penuh berkaitan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya.

Sumber: CRACKBERRY / Amanz

0 comments:

Post a Comment