Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi), mengumumkan pemenang pembangun aplikasi mudah alih terbaik menerusi Challenge for Change (DiGiCFC).

Dalam pertandingan itu yang memasuki edisi kelima, sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Learning & Edutainment, Discovering Culture, Connected Citizens, DiGizens’ Choice dan Anugerah Inovasi menyaksikan pemenang membawa pulang wang tunai keseluruhan lebih RM200,000.

Ketua Pegawai Operasi DiGi, Albern Murty, berkata inovasi aplikasi yang dihasilkan peserta memenuhi kriteria yang digariskan oleh idea asal yang berpotensi untuk dikomersialkan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

“Kematangan idea yang dibentangkan dan aplikasi mudah alih yang dibangunkan menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia mengiktiraf aplikasi mudah alih dalam memacu inovasi sosial seluruh masyarakat.

“Ini menunjukkan visi kami untuk membawa perubahan dan menjadi satu langkah lebih dekat menyampaikan komitmen DiGi iaitu Internet Untuk Semua dengan membantu rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada pertandingan itu, Alex Wong Kek Liang, 27, dari Melaka, diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi DiGi dan membawa pulang wang tunai RM25,000 menerusi idea Tag A Price, iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat perbandingan harga barang.

Sementara itu, aplikasi Banjir Alerts turut dipilih bagi anugerah Telenor Group Award sebagai aplikasi terbaik keseluruhan dengan pemenangnya bakal mewakili Malaysia ke Telenor Digital Winners Global App Developer Challenge, selain berpotensi memenangi geran €25,000 (RM112,000) bagi membangunkan perniagaan dan bekerjasama rapat dengan Telenor Digital sebagai rakan komersial.

Bagi pemenang kategori lain, mereka turut menerima wang tunai RM25,000 dan DiGi akan terus menyokong aktiviti mempromosikan aplikasi bersandarkan kepada pangkalan data pelanggan melebihi empat juta pengguna internet.

Tahun ini, lebih 2,500 idea diterima DiGi sebelum lima idea dipilih sebagai pemenang.

Program DiGiCFC turut disokong oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP), Digital Malaysia, Google Malaysia, Microsoft Malaysia, 1Malaysia for Youth (iM4U) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment