Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 21, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelakon komedi Delimawati yang terkenal menerusi watak Hantu Kak Limah terkejut kononnya bakal berkahwin tidak lama lagi selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.

Delimawati menyangkal khabar angin itu kerana ia tidak sama sekali akan berlaku dalam tempoh terdekat.

“Mana ada. Demi Allah memang tak ada langsung. Kalau betul, apa salahnya saya kongsikan, tapi ini memang tak ada.

“Benda tak betul macam mana pula saya nak mengaku ada,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber mendakwa, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki senegeri dengannya di Perak selepas beberapa lama menjalin hubungan.

Bagaimanapun, Delimawati yang meraih populariti menerusi telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel berkata, dia tidak merancang perkara itu walaupun mengakui mempunyai hasrat terbabit.

“Saya akui memang kesunyian sebab sudah bertahun-tahun hidup sendiri. Anak-anak pula semua dah berkeluarga dan tinggal berjauhan.

“Kalau betul ada tentulah saya gembira, tapi masalahnya kawan lelaki pun tak ada sekarang.

“Yang ada pun setakat berkawan-kawan biasa di Facebook saja, tapi tak adalah bercakap mengenai kahwin pula,” katanya.

Tambahnya, pada usia emas lewat 50-an, dia tidak boleh bersikap tangkap muat dalam mencari pasangan.

“Sekarang tak boleh tangkap muat saja. Kahwin untuk cari teman hidup bukan untuk kahwin cerai.

“Siapa yang tak rasa sunyi tapi takkan perigi nak cari timba pula,” katanya yang akan terbabit dalam penggambaran telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya untuk tayangan Aidiladha nanti. 

Sumber: my Metro

0 comments:

Post a Comment