Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

NATAL – Greece yang terpaksa bermain dengan 10 orang mengikat Jepun apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan Kumpulan C sebentar tadi sekali gus masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir.

Kedua-dua pasukan meraih satu mata tetapi belum mencukupi untuk mengukuhkan kemaraan dari kumpulan berkenaan yang dikuasai Colombia dengan dua kemenangan.

Colombia sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat 16 terakhir dalam Kumpulan C manakala Ivory Coast di tempat kedua dengan tiga mata.

Pemain tengah Greece dan kapten pasukan, Kostas Katsouranis diperintah keluar padang selepas minit ke-38 akibat dilayangkan kad kuning kedua yang menyebabkan pasukannya terpaksa bertahan pada sebahagian besar babak kedua perlawanan.

Mereka bertahan habis-habisan bagi menyekat serangan bertali arus Jepun tetapi skuad Negara Matahari Terbit itu ketiadaan penyudah terbaik walaupun menguasai permainan.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment