Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

Kota Bharu – Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, April 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. 

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment