Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

MANCHESTER United telah membuat bidaan sebanyak £56 juta untuk mendapatkan pemain Paris Saint-Germain (PSG) Edinson Cavani, lapor media Itali.

Akhbar harian Tuttosport melaporkan, Cavani yang telah meluangkan selama enam tahun di Itali bersama kelab Palermo dan Napoli menjadi sasaran utama Pengurus United, Louis van Gaal's ketika ini.

Penyerang Uruguay berusia 27 tahun itu berhijrah ke PSG dengan yuran perpindahan sebanyak £55 juta telah memberitahu bahawa dia tidak bergembira untuk bermain sebagai pilihan kedua selepas Zlatan Ibrahimovic. 


Sportsmail melaporkan United mula menunjukkan minat mereka terhadap Cavani sejak Februari lalu tetapi pemain itu belum bersedia sepenuhnya.

Cavani menjaringkan 25 gol menerusi 43 perlawanan bersama PSG dalam semua kejohanan akan mengetuai serangan Uruguay ketika menentang England pada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia.

Sumber: AFP / mStar

0 comments:

Post a Comment