Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO – Tersingkirnya Sepanyol dari saingan Piala Dunia Brazil bukan saja berakhirnya kegemilangan skuad kebangsaan negara itu, malah ia dianggap menjejaskan keseluruhan falsafah bola sepak.

Apa tidaknya, stail hantaran permainan Sepanyol yang digelar ’tiki-taka’ sehingga yang membawa kepada tahap kegemilangan selama enam tahun lalu, namun malam tadi kelibat Andres Iniesta dan Xabi Alonso dibayangi penonjolan pemain skuad Chile bimbingan Jorge Sampaoli.

Di Stadium Maracana, Chile dengan bergaya mengaibkan penyandang juara itu dengan keputusan 2-0, sekali gus menyaksikan Sepanyol pulang lebih awal kali ini.

Bagi lagenda bola sepak Diego Maradona, antara yang mempercayai ‘tiki-taka’ sudah menjadi satu taktikal ikutan dalam bola sepak dunia, namun hanya keputusan satu permainan tidak boleh terus meletakkan kesalahan kepada corak permainan berkenaan.

Penyerang Sepanyol, David Silva bertanya kepada akhbar British, The Independent sebelum Piala Dunia: “Mengapa perlu kita ubah? Kami menjadikannya sangat berjaya dengan stail begitu. Tiada apa yang perlu diubah”

Apabila Sepanyol mempamerkan aksi hebat dengan ‘tiki-taka’ sehingga memenangi Euro 2008, Barcelona antara yang mengikuti corak permainan berkenaan sehingga menjadi kelab mendomasi Eropah antara 2008 dan 2011 di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Guardiola kemudian membawa corak permainan itu ketika bersama Bayern Munich.

Namun, apabila Carlo Ancelotti menterjemahkan corak permainan serangan balas pantas menyaksikan Real Madrid terserlah musim lalu dengan menumpaskan Bayern 5-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara dan menyingkirkan Barcelona pada final Copa del Rey.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment