Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya memberi pilihan kepada pramugari untuk memakai pakaian seragam yang mematuhi Syariah.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok), pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata syarikat penerbangan itu mempunyai kebebasan untuk memilihan pakaian seragam untuk anak kapal mereka asalkan ianya mengikut standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Kementerian Pengangkutan meminta MAS untuk membenarkan atau memberi pilihan kepada pramugari beragama Islam untuk memakai pakaian seragam yang mematuhi Syariah,” katanya.

Hishammuddin berkata MAS telah memaklumkan kepada kementerian bahawa pakaian seragama ala kebaya mencerminkan ‘layanan baik Malaysia’ identiti syarikat penerbangan tersebut.

“Ia juga merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan itu untuk menentukan pilihan pakaian seragam berdasarkan imej korporat mereka,” katanya.

Dalam soalannya, Ahmad bertanya kepada Kementerian Pengangkutan bila MAS akan mengenakan keperluan kod pakaian menutup aurat dan melarang hidangan minuman beralkohol.

Hishammuddin berkata, tiada perancangan untuk melarang hidangan alkohol dari menu penerbangan itu kerana ia adalah normal bagi amalan penerbangan antarabangsa.

Tambahnya, ketiadaan larangan itu tidak bermaksud MAS menggalakkan penumpang untuk minum minuman tersebut.

Namun, Hishammuddin berkata, kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkan bacaan doa perjalanan sebelum pesawat berlepas.

“Itu adalah cadangan yang baik. Kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkannya,” katanya.

Sumber. mStar

0 comments:

Post a Comment