Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

New York – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) semalam berkata semakin banyak laporan diterima membabitkan penganiayaan dan eksploitasi ke atas etnik Rohingya di Myanmar apabila jumlah mereka yang mendapatkan bantuan di luar negara kian meningkat.

Beberapa pertempuran membabitkan etnik Buddha Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya, menjejaskan ratusan ribu keluarga di wilayah barat negara itu sejak keganasan pertama berlaku pada Jun 2012.

86,000 tinggalkan negara

Pejabat UNHCR menganggarkan lebih 86,000 penduduk meninggalkan negara itu dengan menaiki bot sejak keganasan berlaku, termasuk hampir 15,000 dari Januari hingga April tahun ini.

“Majoriti adalah penduduk Rohingya dan bilangannya di Bangladesh semakin meningkat tahun ini,” kata jurucakap UNHCR, Adrian Edwards kepada pemberita di Geneva.

Di rantau ini, agensi terbabit terus menyediakan penempatan sementara bagi penduduk Rohingya sehingga keadaan kembali stabil di Rakhine untuk membolehkan mereka pulang.

“Urusan ini termasuk menyediakan dokumen sah untuk membolehkan mereka terus berada di negara tuan rumah bagi tempoh tertentu, melindungi mereka daripada ditahan sewenang-wenangnya, menghormati penyatuan keluarga, memberi jaminan perlindungan selain kemudahan perkhidmatan dan peluang kerja yang sah,” kata Edwards.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment