Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer pada Khamis tidak didakwa atas kesalahan menghasut.

“Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau.

“Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini,” kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo.

Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya. Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan mahkamah.

Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan kata kesat memanggil ‘Umno Celaka’ pada sidang Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. 

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment