Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

PORTO ALEGRE – Selepas menjaringkan tiga gol untuk Belanda daripada dua perlawanan pertama Piala Dunia, Robin van Persie akan digantung satu perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua ketika menewaskan Australia 3-2 dalam aksi Kumpulan B, awal pagi ini.

Ini bererti bintang Manchester United itu akan tersisih apabila pasukan bergelar Oranje itu menentang Chile pada 23 Jun ini yang bakal menentukan sama ada mereka bakal muncul juara kumpulan.

Tanpanya, nama Arjen Robben disebut-sebut sebagai calon pengganti terbaik kerana sudah menjelmakan aksi menakjubkan untuk Belanda setakat ini.

Namun, pada hakikatnya Belanda pasti bergelut tanpa sentuhan Van Persie – antara bintang yang tersohor dalam kancah Piala Dunia kali ini.

“Piala Dunia adalah kejohanan terhebat dalam dunia dengan semua pemain terbaik dan ia pasti sukar. Menentang Australia memang amat sukar sekali dan begitu juga perlawanan berikut,” kata Van Persie.

Dalam perlawanan itu, pemain tonggak Australia, Tim Cahill juga dilayangkan kad kuning kedua tapi ia tidak akan banyak mengubah nasib mereka kerana wakil Asia itu sudah tersingkir selepas menempah dua kekalahan berturut-turut.

Pemain berusia 34 tahun itu juga dilabel berjaya menjaringkan antara gol tercantik dalam sejarah Piala Dunia apabila rembatan menakjubkan pada babak pertama berjaya menyamakan kedudukan ketika menentang Belanda.

“Saya rasa tepat dalam rembatan dan saya meledak masuk dengan baik sekali,” katanya.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment