Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

Kuala Lumpur – Bekas pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam tuduhan memperoleh suapan membabitkan enam projek kerajaan dengan nilai keseluruhan RM600,000, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh, Hazmi Samsudin yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.Hazmi,39, yang berkhidmat sebagai pegawai pembantu Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian itu, didakwa melakukan perbuatan itu antara Jun dan Oktober 2011 di Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, di sini.

Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 22 Julai ini. Beliau juga mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim dan Rusnan Hassan.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment