Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 21, 2014

No Comment



PENGELUAR tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk keluaran syarikat itu pada badan pesawat milik Firefly Airlines (Firefly) bermula tahun ini.

Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron berkata, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui industri penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.

“Firefly sedang memperluaskan rangkaian (penerbangan) mereka jadi kami berharap kerjasama dengan Firefly ini akan meningkatkan perolehan Fareeda.

“Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu). Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran iklan Fareeda pada badan pesawat ATR 72-600 Firefly di Subang, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong, Pengasas Fareeda Faridah Zakaria, Pengarah Fareeda Mawar Abdul Karim dan Ketua Bahagian Pemasaran Fareeda Fizo Omar.

Menurut Aminuddin, promosi melalui Firefly itu diharap dapat menguar-uarkan jenama Fareeda sebelum syarikat itu membuka lebih banyak cawangan tahun ini termasuk di Terminal Skypark, Subang serta cawangan luar negaranya yang pertama di Brunei.

Ditanya sama ada Fareeda mempunyai rancangan untuk menjual tudung keluaran syarikat itu dalam penerbangan Firefly, Aminuddin berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

Sementara itu, Ong berkata, iklan Fareeda pada badan pesawat Firefly hanyalah kerjasama permulaan dan kedua-dua syarikat merancang untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama pada masa depan.

“Fareeda ialah jenama tempatan dinamik dan berasaskan keluarga yang kini sangat berjaya, dan dari satu sudut ia serupa dengan Firefly,” katanya.

Ong dalam ucapannya sebelum itu berkata, Firefly sebagai syarikat tempatan menyokong sepenuhnya usaha syarikat tempatan lain untuk mencapai matlamat operasi dan komersil mereka.

Sementara itu, mengulas berhubung kesan kehilangan pesawat MH370 kepada Firefly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines, Ong berkata secara umumnya terdapat sedikit kesan kepada keseluruhan industri penerbangan.

“Tetapi (industri) penerbangan komersil ialah industri yang sangat rancak jadi ia mengambil tempoh pendek untuk kembali pulih dan kami sudah melihat semula peningkatan penumpang (selepas insiden itu),” katanya.

Beliau juga berkata, Firefly menyasarkan jumlah penumpang 20 peratus lebih tinggi berbanding dua juta penumpang tahun lalu berdasarkan keupayaan Firefly merangsang permintaan pasaran selain memberi perkhidmatan di laluan kurang diterokai syarikat penerbangan lain.

Firefly yang kini memiliki 14 pesawat akan membuka dua laluan baharu dari Johor ke Ipoh dan Pulau Pinang ke Krabi, Thailand masing-masing bermula 15 September dan 16 September tahun ini.

Sumber - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment