Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

Waze merupakan aplikasi navigasi yang sudah menjadi komuniti terbesar di dunia dimana para pemandu berkongsi maklumat di atas jalan raya secara terus.

Aplikasi navigasi itu secara rasminya menjadi milik Google pada tahun 2013 dan harini mereka telah mengemaskini melalui versi Waze 3.8 untuk iOS dan juga Android.

Ia menyertakan beberapa fungsi baru, disamping memberikan nafas baru kepada bahagian profil.

Waze 3.8 dilihat memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi ketika anda ingin ke sesuatu lokasi bersama-sama rakan dan ahli keluarga anda.

Perkara ini sekaligus memudahkan anda memberitahu berkenaan masa yang diambil oleh anda untuk tiba ke destinasi disamping menawarkan kemaskini berkaitan kesesakkan jalan raya kepada mereka yang anda kongsikan lokasi.

Disamping itu, pihak Waze turut dilihat hadir dengan kemaskini bahagian profil, dan memudahkan pengguna untuk menambah rakan-rakan baru menggunakan nombor telefon.

Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengemaskini aplikasi anda kepada Waze 3.8 hari ini, dan menggunakan beberapa fungsi yang dibawakan olehnya.



Oleh: hzqahmd / Amanz

0 comments:

Post a Comment