Lutfya muat naik status kerana tidak mahu dianggap berangan. |
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Lufya Omar kesal tindakannya memuat naik satu artikel mengenai dirinya yang didakwa sebagai salah lapor dianggap sebagai tidak matang oleh pengikut laman Instagram miliknya.
Lufya, 29, berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan kepada peminatnya serta orang ramai yang berkemungkinan tersalah tafsir dengan artikel yang ditulis itu.
"Saya ada memuat naik artikel itu dalam Instagram saya kerana tidak mahu orang baca dan salah faham kenyataan saya di artikel itu.
"Apa yang saya cuba betulkan ialah ayat berbunga-bunga yang digunakan dalam artikel itu mengambarkan seperti saya sedang berangan untuk menjadi puteri raja, walhal ayat saya ringkas sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Lutfya diminta mengulas teguran sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu tentang tindakannya menafikan kenyataan yang dibuatnya di akhbar berkenaan.
Laporan tersebut turut menyebut pelakon drama Ramadan Jangan Pergi itu seharusnya merujuk kepada pihak akhbar berkenaan terlebih dahulu tentang aktikel yang dianggap sebagai salah lapor itu.
Sementara itu, Lutfya berkata, dia ada menghubungi pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan perkara berkenaan namun tidak mendapat kerjasama.
"Dalam ruangan pojok semalam mereka kata saya tidak cuba hubungi untuk selesaikan cara baik, sebaliknya saya sudah hubungi mereka namun banyak alasan diberikan.
"Tidak mengapalah ia bukan sesuatu perkara yang baharu, cuma saya tidak mahu terus dikecam tentang perkara sebegini," katanya.
Jelasnya, perkara tersebut menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu yang sensitif seperti itu.
Dalam pada itu, menjelaskan tentang hubungannya dengan seorang kerabat Johor, Lufya berkata hubungan tersebut hanya sekadar kawan biasa sahaja.
Sumber: mStar online
0 comments:
Post a Comment