KUALA LUMPUR : Membelek penampilan mewah Rozita Che Wan,39 menerusi keluaran majalah fesyen dan gaya hidup Glam isu Mei lalu, mungkin ramai yang menyifatkan bahawa pelakon sensasi ini seorang yang high maintenance.
Apatah lagi, pelakon berstatus janda dan mempunyai dua orang cahaya mata
itu sering saja tampil dengan penampilan tersendiri, dengan solekan
sempurna, berbulu mata lebat, rambut didandan rapi, berpakaian hebat dan
tidak ketinggalan tas tangan dari jenama mewah.
Malah ke mana saja Rozita Che Wan pergi, dia pastinya akan ditemani
seorang pengawal peribadi merangkap pemandunya dan baru-baru ini dia
baru saja pulang dari kota Milan, Itali untuk bercuti sambil memenuhi
keperluannya sebagai seorang wanita iaitu membeli-belah.
“Mana ada saya seorang yang high maintenance. Saya hanya beli sesuatu
yang perlu saja. Kepada sesiapa yang tak tahu, saya suka membeli belah
ketika jualan murah sahaja. Kalau ada jualan murah, saya pasti beli dua atau tiga pasang baju.
“Saya hanya akan beli sesuatu barang mengikut kemampuan saya. Kalau tak mampu tak payah beli. Macam tas tangan Prada
ini saya beli ketika bercuti ke Itali dan harga di sana sememangnya
jauh dari murah berbanding di sini,” katanya sambil menunjukan tas
tangan bersaiz besar buatan Itali berkenaan.
Rozita Che wan berkata, mungkin kerana penampilannya yang tampak
tersendiri dan kebijaksanaannya memilih sesuatu barang menjadikan dia
dilihat sebagai seorang wanita yang bercitarasa mewah.
Malah sebagai selebriti tambah Rozita Che Wan, adalah wajar untuknya
sentiasa kelihata bergaya dan anggun bagi memastikan penampilannya sedap
mata memandang.
“Siapa yang mengenali saya pasti memahami saya. Kerana dari sudut
bergaya, saya memang tak pandai terlalu ringkas kerana saya sangat
selesa dengan penampilan sekarang,” katanya yang turut bergelar usahawan
pakaian dan tudung wanita.
Pelakon berbintang Pisces itu percaya, setiap apa yang dibelanjakan
adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri sepanjang enam tahun
berkecimpung di dalam bidang lakonan sehinggalah menjadi jurucakap
kepada produk kecantikan Safi Rania Gold yang kini sudah memasuki tahun
kedua.
” Saya bukanlah seperti yang anda dapat lihat dalam majalah Glam tapi bila keluar rumah saya lebih suka menggayakan seluar denim, keja-T dan jaket. Itu sudah sebagai satu kemestian.
“Dalam soal kecantikan pula, saya tidak pernah buat facial wajah. Kerana
segala-galanya saya lakukan sendiri. Dari scrub sehinggalah meletak
masker wajah dan membersihkan ke kotoran di permukaan hidung. Begitu
juga dengan penjagaan rambut.
” Saya lalukan ketika berada di rumah. Kadang kala ketika membersihkan
lantai atau mengemas rumah. Maklum sajalah, saya memang tak ada orang
gaji kerana segala tugasan di rumah saya lebih rela lakukannya sendiri
daripada mengharapkan orang lain melakukannya,” katanya merendah diri. –
Murai
0 comments:
Post a Comment