As-Salam ...
Wanita
punyai jiwa yang halus. Kadangkala sukar nak difahami lelaki. Walaupun
kadang-kala wanita itu nampak garang semacam tapi still tersirat
kelembutan yang boleh membuatkan mana-mana lelaki cair ibarat aiskrim
yang dimakan waktu tengahari bening.
Oleh kerana jiwanya yang halus, kerap kita mendengar keluhan-keluhan sinis yang keluar dari bibir manis seorang wanita, yang kadangkala sukar dimengerti lelaki-lelaki terutama pasangannya. Ayat-ayat penuh dengan makna yang halus. Namun, sedikit sebanyak ayat-ayat biasa ini telah pun dianalisis oleh jejaka-jejaka berotak kental dan telah membuat kesimpulan berikut:
9 Ayat Maut Seorang Perempuan
1. Ok. Fine!
Wanita
selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin
mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika
ingin meredakan keadaan.
2. Bagi saya 5 minit
Hah!
Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar
pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5
minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang
mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik
rumah balik.
3. Tak ada apa-apa atau lebih glemer, nothing!
Ayat
ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba
menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab
tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini
berakhir dengan aman.
4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini
adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi
kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
5. Keluhan kuat
Ini
sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka
merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan
perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
6. Tak apa lah
Jika
wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang
bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
7. Terima kasih
Wanita
berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja
"sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "terima kasih banyak-banyak
ye!", itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki.
Jadi, jangan jawab "sama-sama"... hehehehe
8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas .... jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita
berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat
sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
Itulah
serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam
situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak ..
hanya mereka yang boleh memastikannya ...
0 comments:
Post a Comment