Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini
ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di
tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan
hadis Nabi ini : Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Bahawasanya Rasulullah
s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya
disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta
ditatu.” [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Allah mengutuk wanita yang
mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita
lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang
membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang
meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” [hadis
bil. 1685 : Sahih Bukhari]
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz: “Inai berukir ala tatu tak boleh!
Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar
itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di
hujung jari.”
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah
membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi
wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak
menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan
kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,
manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan
mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran
daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan,
lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan
dengan syarak adalah dilarang.
-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak
diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis
perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat.
Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita
tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita
renungkan wahai pembaca yang budiman
Wednesday, May 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment