PETALING JAYA: Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam
trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng
yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa
mengajar di sekolah berkenaan.
Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima
ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di
tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.
“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang
lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah
itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.
“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut
dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan
berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber
berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke
mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu
malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.
“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa
Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang
tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.
“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian
pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar
terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan
itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan
memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara
tidak diingini terhadapnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner
Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
PS - Gambar atas tak ada kena mengena dengan cerita
Wednesday, May 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment