BESUT
– Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang
di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit
daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan
pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.
Bagaimanapun,
taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki
berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk
membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang
kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul
9.45 malam kelmarin.
Semasa
diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil
tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya
sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.
Setiausaha
Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek
sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu
tabung tersebut kosong.
“Lelaki
itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid
menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek
mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam
0 comments:
Post a Comment