Bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa ibunya Jejai tiada dalam majlis pernikahan anaknya tempoh hari, ini komen Fasha Sandha.
Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang lalu.
Pada
upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil
keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu
beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada
majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
Pelakon Fasha Sandha yang baru
mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan
mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri
Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.
Fasha berkata, dia kini bahagia
selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah
memberikannya seorang suami yang baik.
"Maaf saya tidak mahu mengulas
mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika
ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di
sini pada Khamis.
Fasha Bersalam dengan Ramli Ngah (bapa Mertuanya) |
Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupannya sebagai isteri, Fasha berkata, dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia.
Tambah Fasha, tidak sukar untuk menambat hati Jejai kerana suaminya itu adalah seorang yang ringkas dan tidak cerewet.
"Mungkin kami telah berkawan lama sebelum berkahwin jadi senang untuk memahami sikap dan kehendaknya. Bagaimanapun saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri," ujarnya.
Sementara itu, Fasha berkata dia dan Jejai akan berangkat ke Pulau Redang, Terengganu pada minggu hadapan bagi meraikan bulan madu.
0 comments:
Post a Comment