Dalam
satu penyelidikan, ahli entomologi melakukan kajian untuk menentukan
apakah serangga kecil ini memilih mangsanya atau hanya menghisap darah
secara rawak.
Hasil
dari kajian tersebut ternyata menunjukkan bahawa nyamuk memilih mangsa
yang darahnya akan dihisap. Nyamuk memilih mangsanya berdasarkan bau
manusia yang nikmat iaitu yang berbau masam dan berbau kolesterol.
"Nyamuk
menggunakan bau untuk menganalisa seseorang yang menarik dan yang tidak
menarik untuk menemukan darah mana yang lebih sedap bagi mereka," jelas
Jerry Butler, pakar entimologi dari University of Florida.
Butler
menjelaskan, nyamuk telah berevolusi dan bertahan hidup, bahkan dengan
perkembangan yang pesat. Nyamuk memiliki kemampuan untuk memilih mangsa
terbaik untuk dihisap darahnya, iaitu dengan indera bau yang tajam.
Manusia
dapat menarik kedatangan nyamuk yang berada jauh dari mereka hanya
dengan bau nafasnya. Setiap kali manusia menghembuskan nafas, karbon
dioksida dan bau lainnya bercampur untuk menghasilkan signal yang
bergerak melalui udara.
Signal-signal tersebut akan memberitahu nyamuk bahawa terdapat darah yang merupakan makanan lazat.
Menurut
Butler, nyamuk terbang dengan pola zigzag. Kemudian koloni serangga
kecil ini akan menemui pusat bau di udara dengan mengandalkan
penglihatan dan sensor panas.
Dari
kajian yang dilakukan Butler diketahui bahawa nyamuk sebenarnya
memerlukan kolesterol dan vitamin B, tetapi serangga kecil itu tidak
mampu menghasilkannya sendiri.
"Oleh
kerana itu, nyamuk akan mencari mangsa yang kaya akan sumber-sumber
tersebut. Bau-bau seperti bau masam adalah sangat menarik bagi nyamuk,"
jelas Butler.
Butler
mengatakan, bahan-bahan yang digunakan untuk melembutkan dan
menghaluskan kulit boleh menjadi umpan yang kuat bagi nyamuk. Bahkan,
bahan-bahan dalam kosmetik tertentu dikatakan sangat menarik bagi
nyamuk.
Tuesday, May 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment