Sebelum ini, Almy Nadia pernah mendapat penyakit misteri, patah jari
kaki, dugaan dalam percintaan dan dan terbaru kena sakit apendiks pulak.
Dugaan betol ye, tetapi
Almy menganggapnya ia sebagai dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa
kecilnya selama ini.
Almy Nadia bernasib baik kerana nyawanya terselamat apabila sempat menjalani pembedahan bagi membuang apendiks yang sudah berada pada tahap kritikal.
Almy berkata, penyakit apendiksnya itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat, ia akan menyebabkan jangkitan dan berkemungkinan besar boleh membawa maut.
Menceritakan pengalaman ngeri itu, Almy berkata dia mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada tengah malam 23 Mei lalu sehingga menyebabkan dia ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini, untuk pembedahan segera.
“Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Pada malam 23 Mei lalu saya alami sakit perut yang teruk sehingga memaksa saya mendapatkan rawatan di KJMC. Tak sangka pula selepas pemeriksaan, doktor kata apendiks saya sudah bernanah teruk.
“Saya juga sudah berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah jika saya lewat sehari ke hospital. Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini keadaan beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan,” katanya.
“Doktor kata saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk. Tetapi ibu nasihatkan agar saya berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya. (Mstar)
0 comments:
Post a Comment