Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 10, 2012

No Comment
Entah dari mana saya dapat keratan akhbar ni saya tak ingat. Tapi rasanya dah lama. Saya pun kurang pasti bagaimana peratusan yang ditunjuk diperolehi, sama ada daripada bancian daripada orang ramai atau sekadar pemerhatian bebas para pengkaji.

Pekerjaan Lelaki Kacak

Mengikut senarai lelaki kacak mengikut pekerjaan itu, doktor mendapat peratusan tertinggi dengan 89%, diikuti peguam dengan 75%, pelakon 63%, olahragawan 41% dan tentera pada kedudukan terakhir dengan 23%.
Pelakon (artis) dan rupa yang kacak memang tidak dapat dipisahkan. Selain bakat berlakon, memiliki rupa yang kacak juga merupakan satu bonus buat mereka. Antara pelakon lelaki kacak yang mempunyai rupa paras yang kacak termasuklah Rosyam Noor dan Aaron Aziz. Walaubagaimanapun, mereka berdua terkenal bukanlah kerana faktor rupa paras semata-mata, tetapi mereka juga mempunyai bakat lakonan yang hebat.
Walaubagaimanapun, perlulah kita ingat bahawa kacak itu hanyalah luaran dan tidak menjanjikan apa-apa secara mutlak. Perempuan mungkin boleh mencari lelaki kacak, tapi belum tentu lelaki kacak boleh membimbing dan mendidik mereka. Dalam kata lain, kacak luaran belum tentu menjanjikan kebahagiaan setelah mereka berkahwin.
Anda memiliki seorang suami yang kacak? Anggaplah ia sesuatu yang bonus buat diri anda, bersyukurlah!

0 comments:

Post a Comment