Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Dalam usaha bagi mengenengahkan gaya hidup sihat, Samsung baru-baru ini telah melancarkan sebuah peranti gelang pintar, Samsung Gear Fit yang bukan sahaja berfungsi sebagai perakam rutin senaman anda.

Antara perkara yang menarik yang direka pada peranti ini termasuk perincian pertama di dunia yang menggunakan skrin melengkung Super AMOLED. Dengan saiz 1.84 inci dan resolusi 432 x 128, skrin paparan pada Gear Fit mampu memaparkan warna yang bukan sahaja “meriah”, teks yang dipaparkan juga amat mudah dilihat.

Masih mengekalkan sedikit fungsi seperti yang terdapat pada siri jam pintar Samsung lain, Gear Fit juga boleh memberi notifikasi dari telefon pintar yang dihubungkan pada gelang pintar ini.

Fungsi lain yang terdapat pada gelang ini termasuk jam randik, pemain muzik serta navigasi yang dikawal secara “swipe”. Menurut Samsung, jangka hayat bateri bagi Gear Fit mampu bertahan hingga 3-4 hari pada satu-satu masa.

Dengan fungsi utama sebagai peranti kesihatan, Gear Fit direka dengan sistem kalis air dan debu yang lebih baik, dengan taraf IP67. Tali getah pada peranti ini boleh ditukar dan pada beat 27 gram, peranti ini pasti tidak akan mengganggu rutin senaman anda.

Terdapat tiga pengesan yang direka pada Gear Fit – accelerometer, gyro dan pengesan nadi – yang berfungsi untuk aplikasi S Health yang terdapat pada gelang ini. Selain itu, peranti ini juga mempunyai aplikasi pantauan waktu tidur anda bagi memastikan sama ada anda mengamalkan waktu tidur yang sihat atau sebaliknya.

Jika peranti ini dijual pada harga yang lebih rendah berbanding jam pintar Galaxy Gear, gelang pintar terbaru dari Samsung ini mungkin akan berjaya meraih kejayaan yang lebih besar di pasaran.

Sumber: Lowyat

0 comments:

Post a Comment