Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 27, 2014

No Comment

KUANTAN – Anak bekas Pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta dinaiki bersama seorang rakannya hilang kawalan lalu merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan, di Kilometer 240, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor,Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, mangsa, Syed Mohd Hafizuddin Syed Omar, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya, Kamal Rohaidi Abd Halim, 41, cedera ringan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Kuantan untuk rawatan susulan.

Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dipandu mangsa terbabas lalu merempuh bukit menyebabkannya tercampak beberapa dari tempat kejadian. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment