Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

IPOH – Dua belas orang termasuk 10 warga asing ditahan dalam tiga kes melibatkan kecurian 400 kilogram kayu gaharu bernilai hampir RM2 juta di sekitar daerah Hulu Perak minggu lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Roslan Ariffin berkata empat warga asing ditahan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Lebey Bandariang, Gerik oleh Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Hulu yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan Khamis lepas.

Katanya seorang lagi warga asing ditahan pada pukul 4.30 petang Sabtu lepas dalam operasi yang dilakukan oleh UPP dan Jabatan Perhilitan Perak di Jalanraya Timur Barat Gerik-Jeli.

Beliau berkata tujuh lagi ditahan pada pukul 8.30 malam di tempat dan pada hari yang sama melalui kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak, Taman Negeri Royal Belum dan World Wildlife Fund (WWF).

“Kegiatan mereka dikesan melalui kamera milik WWF yang dipasang untuk memantau haiwan di kawasan berkenaan,” katanya.

Roslan berkata mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan menurut Seksyen 68 dan Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984.

Kayu gaharu yang belum diproses dijual dengan harga antara RM1,000 hingga RM8,000 mengikut kualiti, katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga kes itu adalah kejayaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan Pasukan Penguatkuasaan 1NRE antara Jabatan Perhutanan Perak dan pelbagai agensi penguatkuasaan terlibat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment