Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Seorang Adun Selangor wakil DAP hari ini membidas pengurusan kerajaan negeri yang didakwa beroperasi tidak mengikut piagam pelanggan yang ditetapkan.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata berhubung perkara itu, beliau pernah menerima aduan mengenai kelewatan urusan rakyat yang sebenarnya boleh diselesaikan segera namun mengambil masa lebih daripada yang sepatutnya.

“Sebagai contoh permohonan perumahan mampu milik yang memakan masa tiga hingga enam bulan untuk kelulusan, sedangkan proses itu jika mengikut piagam pelanggan boleh diselesaikan dalam masa sebulan sahaja.

“Tindakan seperti ini menyulitkan rakyat dalam menyelesaikan urusan mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 dalam persidangan Dun Selangor di sini.

Beliau turut mempersoal kelewatan pentadbiran kerajaan negeri dalam memproses permohonan dana industri kecil dan sederhana yang didakwa mengambil masa satu tahun setengah untuk mendapat kelulusan.

Katanya proses itu jika mengikut piagam pelanggan boleh diselesaikan dalam tempoh hanya enam bulan.

“Selain itu juga, kerja-kerja kewangan di pejabat SUK seperti pembayaran tuntutan, bil dan elaun mengambil masa yang lama untuk diuruskan sehingga mencecah tiga hingga empat bulan bekerja.

“Sepatutnya pembayaran itu ditetapkan dalam tiga hari bekerja. Menteri besar perlu melihat perkara ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment