Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

SEORANG bayi lelaki tiga bulan menerima 14 jahitan di dahi dicakar kera di rumahnya di Kampung Gelugor, Kertih. Kejadian jam 1 tengah hari itu, Nor Iman Adriana Zuhairi sedang tidur di dalam buaian di bahagian dapur rumahnya manakala ibunya, Siti Najwa Muhammad, 21, sedang bersiap di dalam bilik untuk menghadiri majlis perkahwinan. Ibu mangsa yang terdengar anaknya menangis bergegas ke dapur dan mendapati tiga kera berada di dalam buaian menyebabkannya menjerit sekuat hati sebelum haiwan itu bertindak melarikan diri.

Siti Najwa terkejut apabila mendapati muka anaknya bermandi darah dengan dua kesan calar. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kertih sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.- Harian Metro

0 comments:

Post a Comment