Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

BENAR kata orang, apabila sudah terlalu ‘menjiwai’ permainan video, kita akan menjadi leka sehingga merasakan kita sememangnya sedang berada di dalam dunia maya itu.

Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan antara kesan akibat terlalu asyik menggunakan gajet permainan video, Oculus Rift.

Ia merupakan set kepala yang berfungsi sebagai ‘helmet’ yang menayangkan visual permainan video, seolah-olah kita sedang bergerak melaluinya.

Kebanyakan mereka yang menggunakannya akan mempamerkan pelbagai emosi termasuklah berasa gayat, takut dan cemas walaupun sebenarnya mereka hanya berada di hadapan komputer atau televisyen.

Saksikan reaksi lelaki ini yang hampir histeria tatkala diusik oleh rakannya sehingga terpaksa ditenangkan oleh para pekerja dan orang ramai. Aduhai…



Oleh: Elza / SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment