Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 29, 2014

No Comment

REMBAU – Perodua Sdn Bhd (Perodua) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memberi latihan kepada pelatih IKBN dalam bidang pembaik pulih badan kenderaan dan penyembur cat kenderaan.

Majlis itu berlangsung di IKBN Chembong di sini. Perodua diwakili Ketua Pegawai Operasi, ZahariHusin, manakala IKBN Chembong oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Harun Che Su.

Ia disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Aminar Rashid berkata, kerjasama itu bertujuan membantu mengeluarkan pelatih IKBN yang berkemahiran, khususnya dalam bidang pembaik pulih badan kenderaan dan penyembur cat kenderaan.

Katanya, Perodua akan memantau prestasi pelatih dari masa ke semasa dan akan menaja 20 pelatih di IKBN berkenaan.

“Setelah berjaya menamatkan kursus selama dua tahun, pelatih yang menunjukkan prestasi memuaskan serta mempunyai minat mendalam di dalam bidang ini akan dipertimbangkan untuk menyertai Perodua.

“Perodua juga akan memperuntukkan sebanyak RM22,000 bagi setiap pelatih untuk latihan selama empat hingga enam bulan,” katanya.

Aminar Rashid berkata, IKBN Chembong dipilih kerana ia mempunyai peralatan yang diperlukan untuk latihan dalam bidang ‘badan dan cat’ serta menawarkan kursus yang berkaitan.

Katanya, melalui MoU itu, Perodua menyumbang sebanyak RM50,000 yang merangkumi rangka badan kenderaan dan kelengkapan lain untuk kursus tersebut.

Katanya, Perodua sudah menjalin kerjasama dengan IKBN dengan membekalkannya modul latihan mekanik sejak 2010.

Setakat ini, 30 pelatih IKBN telah diambil sebagai warga Perodua di mana 12 daripadanya telah mengikuti program perantis ‘badan dan cat’ Perodua, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment