Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang berakhir kelmarin, sebagai satu lawatan yang luar biasa.

Katanya, tindakan Obama meluangkan masa melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dalam lawatannya telah menggambarkan Obama begitu diplomatik dan pandai mengambil hati.

“Dia (Obama) sangat diplomatik dan pandai ambil hati orang. Sebab itu dia menang (sebagai Presiden AS),” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘A UN Chronicle’ tulisan diplomat terkemuka Tan Sri Razali Ismail bersama Sharifah Shifa al-Attas di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, selepas Presiden Lyndon B Johnson melawat Malaysia hampir 50 tahun lalu, tidak ada presiden AS yang melawat negara ini.

“Tetapi Obama pilih untuk buat lawatan. Lawatan ini dapat dedahkan kepada Obama tentang Malaysia. Mungkin Obama pun selama ini hanya banyak dengar tentang Malaysia namun tidak tahu apa-apa,” katanya.

Obama, Presiden ke-44 AS mempunyai jadual kerja yang padat ketika berada di negara ini. Pada hari pertama tiba Obama diberikan sambutan rasmi permaidani merah di Dataran Parlimen.

Pemimpin kuasa besar dunia itu dirai dalam jamuan negara bersama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara pada Sabtu.
Pada hari kedua lawatan, Obama bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dua hala di pusat pentadbiran Malaysia di Putrajaya.

Selain itu Obama turut menghadiri sesi perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya.

Aturcara hari terakhir lawatan Obama adalah menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian komersial antara syarikat Malaysia dan Amerika bernilai AS$2 bilion (RM6.53 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans.

Buku A UN Chronicle yang dilancarkan itu mengandungi catatan pengalaman Razali yang pernah menjadi pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1996 hingga 1997.

Razali dalam ucapannya berkata beliau berharap buku berkenaan akan menjadi rujukan berguna kepada diplomat Malaysia pada masa ini, bakal diplomat, golongan akademik dalam jurusan kajian antarabangsa dan pelajar.

Katanya, antara pengalaman yang dicatatkan dalam buku itu ialah bagaimana beliau berkhidmat di PBB ketika era kepimpinan Dr Mahathir yang sangat proaktif memperjuangkan nasib negara-negara sedang membangun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment