Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 25, 2013

No Comment

Susulan kes isteri Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo memaki hamun seorang pengawal keselamatan, rakan sepasukan Mat Yo iaitu Nunez Gomez dengan yakinnya berasakan rakannya itu tidak bersalah dalam kes tersebut.

Sambil menyanyikan bait-bait kata “Mat Yo tak salah”, nyanyian Gomez itu turut disambut meriah dengan beberapa peminat yang dilihat berkumpul di luar kawasan padang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjalani latihan, semalam.

Selain video tersebut, terdapat juga sebuah video parodi yang mengajuk perbuatan isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam terhadap pengawal tersebut, Azman Mohd Nayan.

Video asal makian dan pergaduhan yang dimuat naik oleh Aisya itu kini menjadi viral di laman Youtube sejak kelmarin dan sehingga kini hampir 290,000 orang sudah pun menontonnya.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment