Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Apabila semakin ramai warga asing bekerja di barisan hadapan bertemu secara bersemuka dengan pelanggan berurusan atas tujuan apa sekalipun, komunikasi pastinya akan menjadi satu masalah.

Sebagai contoh, apabila pengawal keselamatan ditugaskan berasal dari Nepal, orang tempatan terutamanya yang bertutur dalam Bahasa Melayu sukar untuk bercakap dengan mereka terutamanya jika untuk bertanyakan apa-apa.

Dalam foto di atas, penjaga tandas dipercayai warga Bangladesh ini sememangnya mengundang kekeliruan daripada orang ramai apabila hanya ingin memberitahu bahawa ‘Bekalan air tidak ada, buang air kecil sahaja boleh, buang air besar tidak boleh’

Daripada penulisan Mat Bangla ini, hasilnya ialah ‘Air Tada, Kincin Boleh, Vara Ta Boreh’.

Kalau anda baca sekali lalu faham?

Inilah antara kesan negatif jika warga asing datang bekerja di sini semakin ramai.

Tambahan pula, warga tempatan jarang mahu bekerja di sektor sebegini kerana ramai yang dah berkelulusan tinggi.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment