Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment
Setelah seminggu bergelar suami isteri, semalam berlangsungnya majlis resepsi pelakon cantik Fouziah Gous dengan suaminya Zhafran Yusof yang bertempat di Hotel JW Marriot, Putrajaya.

Majlis serba meriah dan gemilang itu turut dihadiri barisan artis ternama seperti Ziela Jalil, Dynas Mokhtar, Diana Rafar, Linda Rafar, Rosyam Noor, Eja dan Anzalna Nasir.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan-Cina ini tampil ayu dan menawan dengan persalinan gaun pengantin berwarna putih manakala Zhafran segak dengan sut berwarna kelabu putih.

Di kesempatan ini, Mynewshub mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai.

Semoga ikatan suci yang dibina ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.






0 comments:

Post a Comment