Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, November 20, 2013

No Comment

KEMAMAN – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Rabu berkenan merasmikan Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare di Kampung Labohan Kerteh di sini.

Pusat itu yang ditubuhkan oleh PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) merupakan pusat pendidikan dan informasi mengenai penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan kawasan bakau di sepanjang sungai Kerteh.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis itu berkata penubuhan pusat itu menepati kehendak semasa berikutan di seluruh dunia kini memperkatakan isu kesedaran alam sekitar dan keperluan melindunginya.

“Kesedaran ini juga menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan terutama dalam membuat keputusan membabitkan pembangunan negara dan usaha ini juga harus dijadikan budaya dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Hadir sama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia Petronas Raiha Azni Abdul Rahman.

Pusat pendidikan yang menelan belanja RM5 juta itu merupakan rentetan projek ecoCare yang bermula sejak Oktober 2005 bertujuan memupuk kesedaran, kefahaman dan keprihatinan terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Sejak 2005 sehingga kini, sebanyak 4,000 pelbagai spesies pokok bakau telah ditanam di sepanjang Sungai Kerteh.

Sementara itu, Presiden MNS Profesor Dr Maketab Mohamed berharap lebih banyak syarikat korporat tampil memberi sumbangan kepada persatuan itu dalam usaha memulihara khazanah alam semulajadi di negara ini.

Katanya MNS memerlukan dana yang amat besar dalam meneruskan usaha pemuliharaan dan pendidikan mengenai biodiversiti yang masih kekal di negara ini.

MNS yang ditubuhkan pada 1940 bertanggungjawab memperkenalkan konservasi, penyelidikan dan kesedaran untuk melindungi warisan alam semulajadi.

Pusat Pendidikan Alam Sekitar ecoCare di Kerteh adalah yang pertama di pantai timur dan yang keenam di Malaysia. Lima lagi ialah Taman Alam Kuala Selangor, Rimba Ilmu Universiti Malaya, Pusat Kajian BOH-MNS, Pusat Interpretasi Alam Sekitar Sepang Gold Coast-MNS dan Pusat Pendidikan Alam Sekitar Shell-MNS-FRIM. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment