Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

Sehingga kini Lana Nodin belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar bahawa Johan As’ari sudah bersedia untuk memperisterikannya pada tahun hadapan.

Cuma menerusi laporan Berita Harian semalam, Lana mengatakan bahawa dia yakin Johan boleh membimbingnya selepas mereka bergelar suami isteri kelak.

Terbaru, pelakon yang sinonim dengan gelaran Pamela Anderson Malaysia itu berkongsikan sekeping gambarnya yang sedang menjamu selera bersama ahli keluarga selain kelibat Johan turut kelihatan bersama.

Mungkin Johan mengambil peluang ini untuk lebih mengenali keluarga bakal mertuanya yang berasal dari Sarawak itu.

Sama-samalah kita mendoakan perancangan mereka untuk mendirikan masjid berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment