Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

LOS ANGELES – Anak perempuan bintang Hollywood, Cher, yang menjalani pembedahan jantina untuk menjadi lelaki, kini sudah kurus selepas mengalami penurunan badan secara dramatik sebanyak 38 kilogram.

Dilahirkan dengan nama Chastity Bono, dia yang menjalani pembedahan tukar jantina 2008 dan 2010 itu, kini dikenali dengan Chaz.

Menurut Chaz, 44,  dia tidak lagi mengambi 99 peratus biji-bijian dan susu demi untuk menurunkan berat badan.

“Saya hanya mengambil kek pada hari jadi saya sahaja. Makanan yang saya makan setiap hari adalah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan kacang,’’ katanya yang juga seorang penulis buku dan pemuzik.

Dalam usaha membuang lebihan kulit di badannya, dia menjalani pembedahan.

Chaz sebelum ini mempunyai berat badan 250 kilogram namun kini menjalani kehidupan sihat dengan mengambil menu makanan yang berkhasiat.

Ditanya bagaimana perasaan ibunya apabila melihat perubahan bentuk badannya itu, Chaz memberitahu bahawa Cher sangat bangga dengannya.

Chaz dikenali ramai bukan hanya kerana dia adalah anak kepada Cher semata-mata, sebaliknya pertukaran jantina yang dilakukan juga menjadikan dia terkenal.

Daripada seorang wanita yang berambut panjang dan ayu, dia sudah bertukar kepada lelaki .

Satu dokumentari mengenai pengalaman hidupnya itu telah difilemkan dan bertajuk Becoming Chaz.

Ia ditayangkan pada 2011 dan turut disiarkan dalam televisyen menerusi rancangan Oprah Winfrey.

0 comments:

Post a Comment